Sunday, April 24, 2011

Endometriosis sekat renangan sperma ....

Salam...


Kali ni aku nak kongsi info yg aku curik dr Kosmo 25 April 2011 pasal Endometriosis..aper menatang ntah endometriosis tu....aku pun x taw la...kite bace je lah artikel kat bwh ni ye kengkawan...kepada yang dh berkawin tp belum dikurniakan anak tu lagi bertambah lah info ttg kenapa lum hamil..info ini juga akan berguna pd aku jugak kan...aku pn akn berkahwin jugak....kan?...kan??



Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. [1]Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak...




“Senggugut yang teruk dikaitkan dengan sista yang membengkak disebabkan rangsangan estrogen yang dirembeskan semasa haid.

“Tompokan sista yang pecah pula akan memburukkan keadaan kerana perut akan mengalami kekejangan berganda,” katanya.

Boleh dikesan melalui gejala-gejala yang dihadapi pesakit, tompokan darah lama ini diakui sukar untuk dikesan menggunakan ujian ultrabunyi atau ujian imbasan.

“Kaedah terbaik untuk memastikan pesakit itu mendapat endometriosis adalah melalui ujian laparoskopi di mana kita akan memasukkan tuib berkamera di sekitar kawasan peranakan.

“Pembedahan hanya dilakukan jika ukuran sista sudah melebihi lima sentimeter dan wanita tersebut ingin mengandung.

“Jika sista yang ditemui kecil, ia boleh dikawal dengan mengambil suntikan Danazol, Lucrin Depot ataupun Depo-provera. Pil perancang juga boleh digunakan dalam sesetengah kes,” ujar Mahes.

Kehadiran sista bagaimanapun tidak akan mengganggu tumbesaran janin sekiranya pesakit hamil.

“Endometriosis melekat di luar kawasan rahim. Jadi, janin tidak ada masalah untuk membesar.

“Namun, jika sista terus membesar dan memberi simptom kesakitan mengejut kepada si ibu sepanjang tempoh kehamilan, pembedahan untuk membuang sista perlu dilakukan.

“Jika tidak, kita hanya memeriksa tumbesaran sista tersebut. Malah, kalau pesakit hamil, ia adalah petanda bagus kerana mengandung adalah rawatan semula jadi untuk sista ini.

“Apabila wanita hamil, rangsangan estrogen yang hadir setiap kali datang haid akan terhenti untuk tempoh 10 bulan atau lebih.

“Keadaan ini menyebabkan sista mengecut dan hilang secara semula jadi,” katanya yang pernah merawat pesakit yang mempunyai sista sebesar 20 sentimeter.

....Kredited from:Kosmo....

No comments:

Post a Comment